RSS

CHANGING…..

kini laman blog sya tlh berubah kpd….

blogspot…. iqbalhd.blogspot.com

hehhee maaf….. kerana lebih ramai yg guna blogspot kan?

 
Leave a comment

Posted by di Januari 10, 2012 in Uncategorized

 

Go! Animate!

Hhehe….

GoAnimate.com: The Sorcerer-Part 1 by IqbalHD
http://goanimate.com/player/embed/0E-8ML1utHto
Like it? Create your own at GoAnimate.com. It’s free and fun!

 
Leave a comment

Posted by di Januari 3, 2012 in Uncategorized

 

My brothers..

Ihya Hakim...

Baru darjah 5.... Adik yg kedua...

Ihya Hakim…
Mulutnya mmg bising.. masa baru lahir dulu, dia slalu menangis dan menjerit.. ntah nape ntah…
Tarikh lahir dia spesel sket..
23.11.00…

Ihya Hakim lagi.

Masa ni kat.. cameron kot... ke kat padang, indonesia...

.

Sedapnye tido....

Ni plk Ilham… Ilham Huzaifah…
Baru lahir thn..
2011…

 
Leave a comment

Posted by di Disember 14, 2011 in Uncategorized

 

My Sister….

YAH!!! YG kedua plk..

Yg budak kecik tu ye... Namenyer Husna...

Sori terbalik…

YO!! Huda..

HUda, anak perempuan pertama..

HAHAHa!!

 
Leave a comment

Posted by di Disember 12, 2011 in Famili

 

Label:

Kes Dera Kucing!!


..

KUCING ni mmg haiwan yg sgt digemari ramai…tetapi ada jugak yg berminat tp berminat utk membelasah kucing ni…….
ape nak jadi…. ada kes di surat khabr, majalah la memane ah! ada tertulis..PENDERAAN KUCING…
kesian ana nengok kucing tu……
ade yg penyek..kaki takde!!kena belah….
ape tak kesian ke kat kucing tu….
pada sape yg pernah buat tu semua….
insaf2lah….
….MEOW..

Comelkan?

Cutekan??

 
Leave a comment

Posted by di Disember 10, 2011 in Memori & Kehidupan

 

Suami Isteri…..

suami dan isteri
Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.

“Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?”pinta Halim.”Okeh!”kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,”Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!”kata Halim.”Baik bang!”kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker.”Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!”jerit Halim.”Baik bang!”jawab Milah lagi.

Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya.”Abang..abang nak makan sangat ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe”tanya Milah bergurau.Muka Halim serius.”Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!” kata Halim.

“Alah abang ni..”kata Milah mula rasa Halim annoying.”Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,”kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk.”Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?”

Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur.”Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!” pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin.”Kuat lagi,kuat lagi!”jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.

“Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!”jerit Halim makin lantang.”Iye bang,saya nampak ni…” kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum.”MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!” jerit Halim makin menggila.

“ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!” balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,”macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?”

 
Leave a comment

Posted by di Oktober 5, 2011 in Ketawa Pengubat Duka

 

2 kali 5..

Dua org budak bujang tinggal serumah.Iaitu Chot dan Chet.Satu hari, Chot baru habis main bolasepak lalu berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya
seperti terkena bolasepak.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan berfikir cara-cara utk membaiki keretanya. lalu, dia mula mendapat idea yg agak pelik bin aneh bin hairan bin terlebih unik . Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet… keluar dan bertanya, “Apa hang buat tu?” Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana dia mendapat idea untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengkan kepala lalu ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
“HELLLLO!! Awat la hang ni bendul sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!”

 
Leave a comment

Posted by di Oktober 5, 2011 in Ketawa Pengubat Duka

 

Ada berani kerja sini?

Seorang pemuda sedang mencari kerja lalu dia terlihat sehelai notis.

……………………Permintaan Kerja Di Ofis Lemang Power………………….

i)Gaji kami ialah RM1099 setiap 3 bln.
ii)Pekerja yg mempunyai misai sama seperti misai bos tidak dibenarkan …bekerja.

iii)Syarat-syarat bekerja
.
Sekiranya anda menggunakan kereta yg telah uzur, atau anda menggunakan
pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata mahal sama ada mitsubishi atau ferrari atau lain-lain, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji dan mendapat gaji sebanyak RM 1000.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 30 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.Hari isnin dan khamis hanyalah sebanyak 12 hari

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 10 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 2 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.MC itu anda hanya boleh gunakan pd hari sabtu atau ahad.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2011 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’staff sembelit’.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 4 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 4 bulan gaji mereka.

h. PENAMPILAN PEKERJA

Anda hanya boleh memakai baju t- berbelang. Dilarang memakai baju berwarna oren. Jikalau baju anda kusut melebihi 5 garis, gaji anda akan dipotong 10%. Jikalau seluar anda secara kebetulan atau sengaja sama dgn bos, anda akan didenda membayar RM50 atau Berdiri di atas meja atau kedua-duanya sekali.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih

………………………………………………………………….

Lalu pemuda itu terus pengsan dan koma selepas membaca notis itu.

“ada berani nak kerja kat sini..”

 
1 Comment

Posted by di September 18, 2011 in Ketawa Pengubat Duka

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Maaf le… tak sempat nak update blog awal-awal. Sebelum raya dah exam, UPSR.
Sekarang nak raya ni ana nak le, minta maaf zahir batin sempena eidulfitri 2011 ini.

Raya pertama, ana ke salak dulu tahun ni.yg tak dapat blk kampung tu, sabor-sabor jelah ye. Dah takdir Allah. Semoga takdir itu ada hikmahnya…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum warrahmatullahhiwabarakaaatu!!!
(haduui)> <
Q

 
Leave a comment

Posted by di September 18, 2011 in Perayaan

 

Kasih Ibu Meng Zhi

Di dalam bumi Malaysia, kelihatan ramai orang jalan kehulu-kehilir mencari destinasi mereka.Dalam masa yang sama, sebuah sekolah juga sibuk dgn kanak-kanak yg riang dan gembira.Tetapi ada juga seorang anak kecil yang murung dan cemburut.

“Bosan.Mengapa perlu ada sekolah?” getus hati kecilnya.

Meng Zhi.Seorang anak kecil yang bencikan sekolah.

Dalam kelas, guru sedang sibuk mengajar anak-anak muridnya. Kecuali Meng Zhi, dia sedang sibuk juga,sibuk mencari buah fikirannya yang tidak muncul-muncul.Tiba-tiba, dia mendapat ideanya.

Krrrinngg!!!!

Bunyi loceng menandakan waktu rehatkan tiba. Meng Zhi cepat-cepat keluar. Dia berlari menuju ke belakang sekolah. Dia memanjat pagar dengan berhati-hati.Meng Zhi mahu lari dari sekolah! Dia puas setelah berjaya melrkian diri.

Di rumah, ibunya terkejut akan kedatangan Meng Zhi.’Awalnya kamu pulang?” tanya ibu Meng Zhi dengan lembut.
“Aku lari,”

Dush!

Bagaikan hendak jatuh jantung si ibu.Mana mungkin anaknya boleh lari tanpa pengetahuan gurunya.Dalam keadaan terkejut, dia terus meninggikan suaranya.
“Mengapa kamu melakukan perbuatan itu? Ibu menghantar kamu ke sana untuk belajar! Yuran sudah ibu bayar, duit belanja ibu beri, mengapa?!”

“Meng Zhi malas, bu,” balas Meng Zhi.”Meng Zhi sudah tidak larat. Setiap hari ada saja kerja yg perlu dibuat.Aku benci sekolah!” sambungnya tanpa menghiraukan perkataan ‘aku’ itu.

Ibunya terus berlalu meninggalkan anaknya itu.

Pang!Pang!

Bunyi yang kuat itu adalah bunyi campakan adunan doh. Secara keras sekali si ibu membuat donat hasil jualan dan hasil saraannya dan anak gadisnya. Gadis itu melihat kejadian itu. Meng Zhi mula terasa hendak mengeluarkan air mata jernihnya.Lalu, matanya terus bergelinangan dengan air mata. Dia berlari anak ke arah ibunya dan memeluknya sambil berkata” ibu, janganlah begitu. itukan hasil jualan kuih ibu!” Dia mendongakkan kepalanya lalu melihat si ibunya sedang menahan sebak.
Lalu, si ibu memandang ke arah anak gadisnya dan berkata, “Meng Zhi….kuih donat ini adalah hasil saraan kamu dan ibu, tetapi, hasil ilmu yang kamu belajar di sekolah adalah hasil kamu pada masa hadapan, maka, belajarlah di sekolah, ya?”katanya dengan lembut.

Meng Zhi terus memeluk erat si ibu mithalinya itu.

“Meng Zhi janji bu, Meng Zhi janji” balasnya,

 
Leave a comment

Posted by di September 17, 2011 in Alkisah...

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.